Blogger Templates

Nuffnang

Like kami di Facebook

tiktoktiktok

cakap la ape kau suke

Sunday, July 31, 2011

Happy birthday! Salam Ramadhan :)

Assalammualaikum :)

Hari ni hari first puasa merangkap birthday saya yg ke 22. sungguh bertuah. 1 ogos disambut bersama 1 ramadhan. thankyou semua kawan-kawan yang wish. banyak sgt sampai tak sempat reply. hehe. untuk sayang saya Mohd Ashraf, thanks for the wish. saya sayang kamu sampai bila-bila. :)

Happy 22nd birthday to my luvly musyuk n selamat berpuasa. Semoga cpt kite dpt kawen :)
                        by Mohd Ashraf (1 August 2011, 00.01.18) 


Ucapan sangat ringkas tp saya tak kisah sbb saya tau encik Ashraf sayang saya lebih-lebih. hehe (perasan!) Saya dh mintak hadiah dan encik Ashraf ckp tunggu die datang sini after presentation kt johor nanti. wahhhh. tak saba tunggu encik Ashraf datang sini. love you! :)



Saturday, July 30, 2011

Mahkamah Tinggi Shah Alam, Starbucks

Assalammualaikum :)

Hari tu, hari rabu, 27hb julai 2011, aku ikut salah seorang member aku pegi menghadiri perbicaraan kes pembunuhan sosilawati dekat Mahkamah Tinggi Shah Alam. tempat ni senang je nak carik. dekat area2 pasar seksyen 6 tu. hehe. actually, member aku ni die ambik kos law dekat uitm shah alam. dan kebetulan die tengah praktikal, so, die pun selalu la follow kes ni. tapi serius dowh, kes ni memang menarik bile kite follow. aku takde la follow semua. tapi dengar member aku cite. dh boleh agak sape sebenarnya bersalah dalam kes tu. tapi biarlah hakim menentukan semua. huhu. dalam court tu dapat la aku tengok face to face rupa suspek pembunuhan tersebut. so scaryyy okayyy. huhu. aku pun baru first time masuk court. so, macam jakun sikitla kan. hehe. mula-mula tu rase macam cuak gile sebab ramai gila polis jaga area court tu. then, dh masuk, rase ok je. dan ramai jugak orang taktau yang kita sebagai orang awam boleh je datang court kalau korg rase nk follow satu-satu kes tu. just kena register kn diri korg sebagai orang awam, then tinggalkan ic. tu je. :)

Mahkamah Tinggi Shah Alam :) google image

Disebabkan dekat court tu tak boleh tangkap gambar, so takdela gambar kitorg kt court. huhu. actually, perbicaraan biasanya diadakan dari pagi sampai petang tapi kitorg dh blah waktu lunch sebab tak tahan lapar. huhu. kitorg gerak pegi lunch dekat wong solo. tempat feveret. hehe. lepas je lunch kitorg decide nak jalan-jalan. lepas dh fikir punya fikir, at last kitorg decide nk pegi jusco bukit tinggi klang. sampai je kat sana, terus jalan-jalan cuci mata. nak tengok wayang tapi takde cite best.

Time jalan-jalan tu aku dengan tak malunya promote kat dorg yang birthday aku sangkut time first day puasa. so, takleh nk sambut. tibe-tibe sorg kawan aku ckp die nk belanja kitorg dessert merangkap sambut birthday aku sekali. bestnye ade kawan mcm korg. hehe. tak rugi aku sekolah same ngan korang dulu :)

At last, member aku setuju nak blanje kitorg dekat starbucks. terima kasih banyak2 la kepada penaja untuk hari tu. hehe :)

Starbucks :) google image
surprise for the becoming birthday. haha
with zalikha. beliau la yg bawa kami ke court :)

firdaus@wanna yang belanja semua ni. hehe
saya sayang kawan-kawan saya. thanks semua :)

Wednesday, July 27, 2011

Restoran Big Taste Shah Alam

Assalammualaikum :)

Hari tu pegi jalan-jalan cari makan dekat seksyen 7, sebab sangat lapar, so asyik teringat makanan sedap2. hehe. jalan punya jalan jumpa Restoran Big Taste. restoran ni terletak berhampiran Sekinchan Ikan Bakar Shah Alam, dekat je. sebelah Big Taste ade Fareeda butik tudung tu. semua ni terletak berhampiran Jakel seksyen 7 tu. kat belakang tu kalau kite explore, memang banyak makanan sedap2. so, hari disebabkan sangat lapar, terus serbu big taste. kat sini ade western food, local food, pizza, pasta n banyak lagi. dan memang sedappp :)
Sampai je kat situ, kitorg order chicken chop, chicken carbonara, carrot juice ngan ice lemon tea. aku punya chicken carbonara ngan carrot juice. sedap kan? hehe. 
Chicken carbonara kat big taste ni memang sedap. dorg buat chicken carbonara tapi rasanya ala ala melayu. sebab aku rase dorg letak santan. maybe sebab nak bagi rasa macam masakan melayu kot. huhu

chicken carbonara :)

chicken chop :)
harga pun berbaloi :)

Tuesday, July 26, 2011

Resepi Kek Buah

Assalammualaikum :)

Hari sabtu and ahad hari tu cuti kat umah. minggu depan bulan puasa, lepas tu raya pn dh dekat, so hari ahad semalam aku pn try la buat kek buah resepi mak aku ni. resepi ni semua main hentam je. bila aku tanya mak aku bape sekatan die, beliau ckp masuk je. agak2 dh ok tu stop la. kompius kalau resepi mcm ni.disebabkan mak aku ckp resepi die ikut suke je, aku pun main hentamla sukatan aku sendiri. huhu. 
So, bahan-bahan yang diperlukan oleh aku adalah:
  1. Gula kastor 1 gelas
  2. Marjerin or mentega 1 gelas
  3. Telur 3 biji
  4. Tepung gandum 1 gelas
  5. Buahan campuran
  6. Sunquick
Mula-mula, campurkan gula kastor dan marjerin/mentega dan kacau pakai mixer sampai kembang. bila dah kembang masukkan telur sebiji demi sebiji. lepas tu, kacau lagi sampai kembang. Masukkan tepung gandum plak bila adunan tadi dah kembang. Sebelum masukkan buah campuran tadi dalam adunan, elokla kalau buah tu kite kukus dulu lepas tu kite perap dengan sunquick untuk rasa lebih sedap pada buah. perap tu kejap je aku buat, dalam 15 minit. Sementara tunggu buah diperap, boleh la panaskan oven tu. aku pakai suhu 150 darjah celcius. bila buah dh siap diperap dengan sunquick, bolehla campurkan buah tersebut dengan adunan tadi. lepas tu kacau dengan senduk sampai sebati. masukkan dalam loyang semua adunan tersebut. sedia untuk dibakar. aku bakar dalam sejam 15 minit. Jangan keluarkan kek selagi oven tak sejuk. Mak aku ckp sebab nanti boleh menyebabkan kek jadi tak sedap. huhu

pembakaran kek buah :)

kek buah dh siap :)

Saturday, July 23, 2011

Bogel Menuju Tuhan

Assalammualaikum :)

Excited kot. dah beli 'Bogel Menuju Tuhan' karya Zahiril Adzim semalam dekat MPH. last week aku tanya dekat akak keje mph tu bila buku ni ade jual. die ckp dalam next week, means this week la kn. hari isnin tu aku dah siap-siap mintak duit lebih sket dari mama aku. hehe. prepare la awal-awal kn mana tau betul ade jual this week. tapi disebabkan aku busy sket pasal presentation and assignment yang sangat susah, aku tak sempat pegi mph. hari khamis tu aku dh risau, takut tak sempat beli. huhu. over risau plak en aku ni. padahal aku sepatutnya lagi risau dengan presentation aku. :)

Hari jumaat, aku terbangun pukul 10 lebih. ohmaigoddd, terus teringat zahiril adzim yang aku belum beli lagi karya die tu. *kipassusahmati* la katakan. :)

So, dalam pukul 2 petang lepas kemas2 umah, terus pegi mph, sampai2 je terus cari 'Bogel Menuju Tuhan'. jumpa dekat rak 'new arrival'. tinggal 3 je. aku pun gedik2 terus tanya kakak mph tu, kak tinggal ni je ke? kakak tu angguk dan senyum. perghhh. cepat gila la weh. aku terus beli, balik dan baca. perghhh. so sweet la karya zahiril dalam ni. ade 2 or 3 puisi die tujukan untuk tunang beliau iaitu shera aiyob, memang sweet sangat weh. wajib baca. kalau la Encik Ashraf bg puisi cmni kat aku kn bestttt. hehe ;p

Bogel Menuju Tuhan :)

Thursday, July 21, 2011

House season 7, SARS

:)
Hari ni aku rase mcm happy gilaaaa. sebab assignment kena postpone dateline kepada next week. suppose kena submit esok. menarik kot. hehe. boleh la main main lagi. takyah susah fikir pasal assignment. lagi pun assignment ni agak susah sket sebab kena buat 2 report. 
First report pasal SARS. SARS ni kan penah famous satu ketika dahulu wabak die. so, aku kena buat report pasal mechanism macam mane SARS ni boleh terjadi. susah laaaa. lagipun aku tak penah blaja lagi pasal SARS ni. banyak kot mechanism die. lepas tu plak lecturer nak report 10 pages. aku baru buat 3 pages. tu pun dh rasa macam tak tau nak tulis ape lagi. ngehehe. 
Second report plak kena buat pasal House. tau tak? House ni yang series kat channel fox. dulu la. sekarang dh takde. episode yang kitorang kena tengok untuk buat report ni adalah 'Unplanned Parenthood'. season 7 episode 5 dalam House. yang ni aku dh siapkan 8 pages. yang second report ok la sket kan. banyak gak benda yang boleh mengarutkan dalam report tu. lagipun cite House tu agak panjang. 43minutes ++. panjang ke? panjang la sket. banyak jugak benda yang boleh aku taip dalam report tu. tapi disebabkan dateline telah dipostpone, so aku macam malas nk sambung buat report tu hari ni. esok la eh sambung :)

House :)

Monday, July 18, 2011

Ayam Penyet Wong Solo

Assalammualaikum :)

Kali ni nk citer pasal Ayam Penyet Wong Solo plak. nak dekat puasa ni asyik cerita pasal makanan je. biase la tu kan. symptom-symptom nk ramadhan. hehe. dekat seksyen 7 shah alam, belakang Jakel yang besar tu ade satu restoran Ayam Penyet. memang terbaik ouh. ade 2 restoran ayam penyet kat area Jakel tu tapi yg lagi satu tu kureng sket la. Wong Solo lagi menyengat. senang je nk carik wong solo ni, restoran die warna hijau. terletak betul betul belakang Jakel. setakat ni aku rase dh lebih 10 kali aku makan kat sini. nak nak pulak aku ni ade mix jawa sket. so memang kena la ngan selera aku. hehe. yg lagi menariknye, dekat restoran ni kita boleh duduk kat lantai or duduk atas kerusi. kalau rasa nak feeling lebih time makan ayam penyet tu boleh la ambek seat yang duduk atas lantai. best ouhhh. hehe

wong solo seksyen 7

ayam bakar wong solo

ayam penyet wong solo

empal sapi wong solo

Kat atas ni antara makanan paling sedap kat wong solo. mesti cuba! hehe. harga die pun berpatutan. untuk satu set hidangan ni harga die rm10.50 dan akan dapat free air mineral macam dalam gambar empat sapi tu. tapi kalau nak lagi best, boleh je nk order air lain. pape pun, wong solo terbaikkk! :)

Saturday, July 16, 2011

Nuffnang

Aku rasa macam bengang sikit la. nape webpage nuffnang tak boleh bukak? aku sorg ke atau semua orang mcm tu. ish ish ish. bengang ni. dari siang tadi kot tak boleh bukak. kalau tengah under construction pun, takkan lama sangat. bukan ke nuffnang ni salah satu webpage yang selalu dikunjungi blogger. so, benda cmni tak patut jadi la kn. sedih sedih. cepatla kembali seperti asal. pleaseeeee :(
ni je yang keluar bila aku try nk bukak nuffnang :(

Selera Arab

Assalammualaikum:)

Dalam minggu ni je dah 2 kali aku makan makanan arab. nasib baikla kt shah alam ni ada banyak restoran arab. sejak sekarang ni tekak asyik nak makan sedap je. maybe sebab nk puasa dh kot. kena cepat2 makan before puasa. nanti puasa tak dpt makan lagi. hehe. setakat ni ade 3 restoran arab yang aku penah pegi kt shah alam ni. 1 kt seksyen19. 2 restoran lagi dekat seksyen7. yang dekat seksyen19 tu dh kena banned dengan aku sebab tak kena ngan selera arab aku. hehe. suke2 je aku nk banned restoran tu. kihkih. yang dekat seksyen 7 ade dua and bagi aku kedua-dua restoran ni ade tarikan tersendiri. sedap pun memang sedap. berbaloi la dengan apa yg kita bayar sebab makanan arab ni harga die lebih sket dari makanan biase. huhu.

Setakat ade beberapa jenis makanan arab yang aku penah makan. ni antaranya:-

falafel. sedap!

shawarma chicken. sedap jugak!

mandhi rice. sedap sgt!

khabsa rice. sedap jugak!

minuman wajib bila makan makanan arab :)

Setakat ni baru ni je la makanan arab yg aku penah makan. khabsa rice tu memang paling terbaik. setiap kali teringin makan makanan arab mesti yg tu aku order dulu. yang aku tau la kan, makanan arab ni lebih berkhasiat sebab kebanyakan daging or ayamnya dimasak dengan stim or panggang dan bukan macam kebanyakan makanan malaysia yang menggunakan kaedah goreng. so, bolehla makan banyak2 lepas ni :)

Tuesday, July 12, 2011

Sekinchan Ikan Bakar Shah Alam

Assalammualaikum :)

Sekinchan Ikan Bakar. tempat ni bukan dekat sekinchan yg jauh tuuu. tp sekinchan ikan bakar ni sekarang dh ada kt shah alam. tak pasti plak bila die bukak tp baru-baru ni jugak la sebab sebelum ni takde pun. Lokasi die berhampiran Jakel. kena masuk belakang-belakang sket kalau tak memang tak jumpa. aku tak sure pukul bape tempat ni bukak sebab aku tak penah dtg waktu siang. aku selalu dtg waktu malam je. die tutup dlm kul 11-12pm cmtu. 

Actually, ikan bakar kt sini memang marvellous. kuah asam die perghhh. terbaikkkk!!! hehe. tp paham2 la kan kalau makan dekat sekinchan ikan bakar ni. fulus pun kena terbaik la. biasenya aku selalu makan 2 orang pun bajet mesti ada dalam rm70-rm80 tp actually depends gak dengan apa yg korg order. hehe.
sekinchan ikan bakar :) pic curik dari google hehe

Monday, July 11, 2011

Review filem 'Tolong, Awek Aku Pontianak'

Assalammualaikum :)

Hari ni aku takde kelas. Semalam aku takde kelas jugak. So, semalam ade sorg member aku ajak aku teman kn die shoping. alasannye, malaysia ni panas, die takde baju yg sesuai nk pakai. alasan mcm nk kena tembak je, padahal kau tu origin org mesia. nasib baik kau kawan aku, so aku follow je asalkan mkn aku beliau yang payung. hehe. dalam kul 3.30pm, kitorg pegi kaunter check tiket wayang. mula2 tu taktau nk tengok cite ape. then, tgk2 ade cite baru release, 'Tolong, Awek Aku Pontianak'. disebabkan ade Zahiril Adzim yang cute dalam cite ni, aku pn terus setuju nk tgk cite ni. hehe. kitorg ambek tiket kul 5.45pm. sementara tunggu tu, kitorg pegi shopping jap pastu mkn dekat secret recipe.

Bila dh kul 5.45pm tu, kitorg terus msuk panggung. jadi org first plak tu kn. ohsem! actually, aku memang sangat jarang tengok cite melayu kt panggung. ni boleh dikira kali ke berapa. aku takdela harap cite ni best sgt pn. just saje temankan member aku tu nk sgt tgk wayang. TAPI!!! aku rase cite 'Tolong, Awek Aku Pontianak' ni memang best! sgt kelakar n sgt cute ok zahiril adzim n sazzy falak dlm tu. filem ni pasal Bob-zahiril yang sgtla baik hati n ade sorg awek (faezah elai). Die selalu sgt dpt mimpi yg awek die ni jadi pontianak. yg menariknya, lepas je dorg ni clash, zahiril terus dpt awek baru yg betul2 seekor (seekor ke?) pontianak! mmg kelakar! hehe. pastikan korg tgk cite ni kt pawagam. memang puas hati aku ckp. :)

Janji gua ada awek, Lu ada?

Saturday, July 09, 2011

formspring.me

anda ada soalan? http://formspring.me/tiqahtiqot

Friday, July 08, 2011

BERSIH 2.0

Assalammualaikum :)
Hari ni 9 Julai 2011. mcm yang semua org tau, hari ni sepatutnya diadakan perhimpunan BERSIH 2.0 kt kl.



aku tak ambek port sgt pasal benda-benda ni tp utk keselamatan aku stay kt umah je. lagipun encik abah dh pesan awal2 duk kt umah je. di takuti berlaku perkara yg tidak diingini. actually, aku pn takut gak, mane la tau ade pertumpahan darah ke ape ke. seram den. huhu. bile dh duk umah, aku pn blogwalking then jumpa satu link dekat fb Blogger Malaysia. ade entri pasal 'Gambar terkini sekitar BERSIH 2.0, MESTI TONTON'. mcm menarik je kn. 
ni link tu:



aku bukak gak la link ni. menarik gak la gambar dalam ni. kebanyakan gambar menunjukkan kl lengang n kosong! perghhhh. first time n ever aku tengok kl kosong. hehe
pape pun, kl kosong ke tak kosong ke, aku tetap kena duk umah BERSIHkan umah. mama suruh. nanti die membebel. kihkih :)
chow!

Thursday, July 07, 2011

Free journal

Assalammualaikum :)
dh final semester! yeay! ni paling aku suke tp benda paling aku tak suke bila kena bace journal panjang2 ngan english2 yang aku tak paham. maklumlah aku tak terer english mcm kau kn. journal tu plak berhelai-helai. perghh. masak aku! kalau kena buat research, benda yang paling susah aku nk crk mestilah journal, tp bila dh dpt journal malas baca. terbaikkkk!

journal ni kalau tak masuk exam, mmg aku takkan study -__-

Sunday, July 03, 2011

cerita hantu makcik karipap

assalammualaikum :)
Ehem2. penah dengar tak hantu makcik karipap? kalau ikutkan pengalaman aku la, cerita hantu ni femes gila time aku matrik dulu dalam tahun 2007/2008. tapi hantu ni dh stat ade cerita die dh lame dh. kalau time aku sekolah dulu, hantu-hantu yg femes sume mcm perempuan bunuh diri la, perempuan mati mengandung la. tp takde plak hantu makcik karipap. mcm legend je hantu ni kn?. ;)

Dulu aku buat program matrik dekat utara tanah air, Kolej Mara Kuala Nerang, dekat negeri kedah darul aman. best woo duk sane. sgt aman dan tenteram. hehe. so, dalam 2 semester aku duk sana, macam2 cite hantu aku dgr. semua nya versi utara la kn. kebanyakan cite hantu aku dgr tu, aku belum penah dgr lagi sebelum ni. maybe sbb aku duk sebelah lembah klang, so versi cite hantu die lain kot. hehe. masa tu, antara cite yg paling hot adalah  cite hantu makcik karipap, mcm2 versi aku dgr tp ade sorg kawan aku ckp, hantu makcik karipap ni aktif dekat  Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). aku pn agak nk pecaye gak la die cite sbb boyfriend die study kt kmpp tu. mengikut cite kawan aku ni, hantu makcik karipap ni start beroperasi kul 1 pagi dan ke atas. pergh..ade ofis hour die sendiri la plak kn. hehe. biasenye, makcik karipap ni akan kacau student2 yang stay up sensorg. so, kalau anda nk stay up tu, pastikan anda ada geng tau. woohooo. and hantu makcik karipap ni plak akan ketuk tingkap student yg study sorg2 tu. so, amaran seterusnya, jauhi tingkap semasa study sorg2. hehe. menurut membe aku lagi, lepas makcik karipap ketuk tingkap, kalau kite yg tengah study tu mesti rasa annoying kn, pastu terus cepat2 bukak tingkap and tengok sape kt luar. then, kalau yg korg nampak rupa dia mcm manusia takpe la kn, tp kalau rupa mcm *tuttut* cmne? tak ke terkencing kat situ gak? so, amaran yg ketiga, jgn terus bukak tingkap tu. bawak besaba dulu. cube fikir logik la sape yg nk ketuk tingkap bilik korg malam2 tu. kalau yg ketuk tu member takpe gak kn. tp kalau wajah makcik plak yg ade kt tingkap tu and dtg nk offer karipap. yg tu ape plak citenye kn? tak ke cari nahas tu.. so berhati2 la. hantu makcik karipap ada di mana-mana. terutama untuk mereka yg selalu study last minute, and study tepi tingkap tu. be careful.. ;)

Mcm ni la kot rupa hantu makcik karipap. yg sebelah tu plak student yg kena buli ngan makcik karipap ;)

Saturday, July 02, 2011

Jep Sepah

Assalammualaikum :)
Nampaknya kegilaan aku ngan maharaja lawak belum habis lagi. hehe. mane nk habis lagi kn kalau astro warna asyik duk ulang balik maharaja lawak tu. takpe2, aku suke :)

Peserta yang paling aku minat sekali mestilah Sepah!!! hehe. performance dorg sgt konsisten. semua best. takde yg tak best. and dalam kumpulan Sepah tu, ahli die yang paling aku minat mestilah Jep Sepah :) kalau org tengok jep tu, mostly ramai ckp umur die dh 30-an. tapi semalam aku bace paper, and kt paper tu ade state umur die, umur die baru 24 or 26 cmtu la! ouhhh muda lagi. ni yang buat aku bertambah minat ngan beliau nih. hehe
haha. mcm sengal je entry kali ni sebab semata-mata nk ckp pasal jep sepah.. :)

jep bile buat expression cmne pn tetap kiut!hehe

angka giliran anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...