Blogger Templates

Nuffnang

Like kami di Facebook

tiktoktiktok

cakap la ape kau suke

Wednesday, November 27, 2013

Refer letter ke Hospital Sungai Buloh

Salam...

Huhhh. Demam belum ok lagi ni. Malam2 mesti berpeluh tapi sejuk and tak boleh tido. Sangat tak best tau. Entry ade bgtau aku pegi klinik and lepas habis antibiotik supposed aku kena pegi klinik lagi. Doktor nak tengok benjolan tu camne. Surut ke tak surut, sakit ke tak sakit. 

Lepas habis consumed antibiotik, aku pun pergi klinik balik. Aku pun bgtau semua yg aku rasa after ambik ubat yang dia bg hari tu. Actually, saiz benjolan still sama (or sebenarnya macam bertambah besar pn ade kot aku rase) tapi sakit tu memang dh kurang (or sebab aku ada makan pain killer kot). Then, aku bgtau pasal benjolan belakang kepala yg aku lupa nak bgtau kat doktor hari tu. Doktor bising la kan.. Ya Rabbi... seriously tension aku dengar doktor membebel. Lelaki pulak tu! Doktor tu terus suruh aku refer ke hospital. Dia pun conteng-conteng kat atas kertas pastu suruh aku amek refer letter kat kaunter. And dia ckp kalau boleh pegi hari ni gak. Aku ckp esok, hari ni aku dh tak larat. Doktor pn ok je. Btw, doktor suruh pergi Hospital Sungai Buloh (HSB). Doktor klinik ni ckp aku mungkin dah kena tibi kelenjar. Hari tu pun dia dh ckp benda yang sama gak. 

Esoknya, hari jumaat aku pergi HSB. Terus pergi dekat Klinik Pakar Perubatan 2, ni aku refer kat letter doktor klinik tu tulis. Btw, aku dah baca dulu refer letter yang doktor klinik ni tulis, tak sopan sungguh aku. Tak sopan ke? ok je kot. Huhuhuuuu. Dia tulis ade lumps kat right neck + right backhead. Saiz 3cmx3cm. Pastu ade la die bebel2 sikit kat bawah tu. And doktor kan mestilah tulis dlm English. Ni aku punya bahasa ni Melayu sudahhhh. Takyah nak English sgt. Huhuuu. Pastu sampai dekat kaunter, aku terus bagi refer letter dekat someone (lelaki) yang duduk situ. Org tu terus bukak refer letter and baca and aku rasa ada yang dia tak faham kot (biasa la... tulisan doktor memang ada orang yg tak faham kan. huhuuu). Dia bangun pergi ke belakang dalam 2 minit pastu datang balik ke kaunter. Aku rasa dia pergi ke belakang tu sebab dia tanya senior nurse kot apa yg doktor tulis coz after tu ada nurse yg dh berumur (aku anggap senior nurse) datang ke kaunter and bebel kat si lelaki ni. Aku? pemerhati je. Hihi. Dan si lelaki ni suruh aku isi borang untuk temujanji katanya. So tengah syok mengisi ni, lelaki duk macam tengah membaca (tp slow je la) refer letter aku tu. Settle isi. Dia bagi kertas warna pink. Katanya aku boleh balik dulu. Lagi 2 minggu or less dorang (HSB) akan call untuk bgtau bila appointment aku. Oh Godddd... please la 2 minggu tu. Ingatkan 2 hari. Tapi takpe. Aku tunggu. 

Tension? memang tension. Hari-hari aku menahan sakit menunggu 2 minggu. Sabar...

Sabar... Sabar... Sabar... (google images)

Sunday, November 24, 2013

Demam + benjolan dekat leher kanan

Salam..

Rasanya memang dah lama sangat tak update blog ni. Sibuk dengan kerjaya kononnya. Fuhhhh.
Tapi hujung bulan November ni dah tak busy. Sebabnya? Dah berhenti kerja. Berhenti bersebab bukannya suka2. Macam biasa.. dengan umur dah 24 ni kalau berhenti kerja ramai orang keliling bising. Kononnya muda-muda memilih kerja la.. ape la.. tapi yeah ada sebabnya aku berhenti ni. Diulang, bukan suka-suka.

Semua start bila dalam awal bulan ni aku demam + sakit tekak yang mcm teruk gila sampai nak telan air liur pun susah. Mcm biasa.. makan panadol 2 ke 3 hari. Sakit tekak makin ok tapi demam makin teruk. Panas sampai menggeletar satu badan. Teruk ke tak teruk tu?huhu. Dalam aku demam2 ni aku tak sedar yang rupanya naik satu benjolan kat belakang kepala sebelah kanan. Actually kadang2 aku terasa benjolan tu tapi sebab tak sakit so buat bodoh je la.. And beberapa hari lepas tu baru perasan gak ada satu benjolan kecik baru naik kat leher kanan ni. Memula tu memang tak sakit. And masa tu aku still demam lagi. 2 minggu jugakla aku biarkan benjolan2 ni then lepas tu baru aku perasan yang sebenarnya benjolan2 ni sakit and aku demam mungkin disebabkan menahan sakit benjolan ni yang dah makin membesar. Dulu memula benjolan ni besar duit 5sen je.. sekarang dah lebih besar dari duit 50sen.. korang bayangkan tu betapa cepatnye die membesar. Demam pulak makin teruk.

So finally, 18nov hari tu aku pegi Klinik Zaharin. Pegi malam memang ramai orang. Masuk je bilik doktor, aku pn bgtau pasal aku benjolan kat leher and demam semua tu. Doktor tanya sejak bila.. aku pun bgtau dah 2 minggu. Doktor pun start la membebel. Aku dhla tengah demam kepala rase tak keruan dia pi dok membebel pulak. Huhu. Memang aku buat pekak je. Doktor lagi kuat membebel lepas tengok benjolan kat leher tu. Dia ckp ni mesti tibi kelenjar! Dulu time blaja degree memang lecturer ajar pasal tibi tapi takdela pasal tibi kelenjar ni. Huhu. Ke aku yg kelaut masa dlm kelas dulu. Huahua So aku tanye doktor ape beza tibi biase ngan tibi kelenjar. Dia ckp tibi biasa tu infection dlm peparu and tibi kelenjar ni infection luar peparu (maksud dia infection dekat kelenjar la tu). So masa tu doktor bagi antibiotik + pain killer + papase. Antibiotik yg doktor bagi masa tu nama dia Curam 625g. Lepas 3 hari aku kena datang balik ke klinik. Doktor nak tengok benjol tu cmne. Ehhh lupa pulak before aku balik, doktor ada bagi injection antibiotik kat aku. And satu lagi yang aku lupa. Lupa nak bgtau doktor yang belakang kepala aku pun ada benjol cmtu. Soooooo bengong kan! Huhuhu. Please dont try this at clinic! Huhuhu.

Tata. Budak demam nak tido. Hahahaha. Geli tak?

angka giliran anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...