Blogger Templates

Nuffnang

Like kami di Facebook

tiktoktiktok

cakap la ape kau suke

Thursday, May 21, 2015

Cara Sukat Air Untuk Masak Nasi

Haluuu.

Entry kali ni entah hape-hape tah kan. Huhu. Kali ni share pasal gambar yang aku jumpa kat Facebook. Katanya cara untuk sukat air untuk masak nasik. Sesuai sangatla untuk anak-anak dara yang baru belajar cara nak masak nasik tu kan. Cewahhh. Huhu

Tengok betul-betul ye ;)
Tapi kan kalau ikut logik, aku rasa kita ikut nisbah 1:2. Kalau beras satu pot, Air dua pot. Kira mcm lebih kurang dalam gambar ni jugakla kan. Huhu. Tapi camna kalau masak 10 pot? Takkan nak sukat ikut ruas jari jugak kot. Kan kan? Musykil tak. Haha. Aku yang pening. Tak kisahlan camne pun. Asalkan nasik masak, boleh makan.

Sekian, byebye.

Saturday, May 16, 2015

Happy Teacher's Day!

Haluuu.

16 May 2015. Selamat Hari Guru. Happy Teacher's Day ;-)
Disebabkan semua orang wish, aku pun nak wish jugak. Huhu

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah yang oenah mendidik aku dulu ;-)
1. Tadika Kemas (1995)
2. Sek. Keb. Dato' Maharaja Lela (1996-2001)
3. Sek. Men. Sains Selangor (2002-2006)
4. Kolej Mara Kuala Nerang (2007-2008)
5. Management & Science University (2008-2012)

Dan tak lupa untuk mama & baba yang jadik cikgu pertama sejak aku lahir. Huhu

Picture waktu konvo dolu-dolu ;-)

Friday, May 15, 2015

Cara Cantikkan Kulit Anda Dengan Supplement / Kolagen

Haluuu
Okay, hari ni share cara nak dapatkan kulit yang cantik dengan makan supplement based on my experience. Semua orang tahu kan sekarang banyak la keluar kt facebook, instagram dll macam2 produk supplement untuk cantik tapi betul ke berkesan. For me, aku lebih suka beli kat farmasi (guardian, watson, caring dll) sbb confirm ada kkm kn? Huhu. Bukan niat aku nak ckp yang kat luar sana tu takda kkm tapi ikut la kan pendirian or pendapat masing2. Ni pendapat aku je.. Penjual online kat sana jgn marah ye ;-)

1. Yang pertama kena detox dulu. Ape2 pun kena buat ni dulu sebab nak buang dulu toksin dlm badan kita ni. Kalau tak buang toksin, kemungkinan besar supplement2 untuk cantik yang kita makan tu takda kesan. Yeke? Aku pun taktau kebenarannya sbb aku tak buat. Haha. Ni contoh detoxification tea / juice yang korang boleh beli dekat farmasi. 

Picture from Google Images

Picture from Google Images

Fyi, disebabkan aku ni sejenis manusia yang tak minum teh / kopi dan yang sewaktu dengannya, so aku skip step detox ni. Haha. Saje aku letak step detox ni sebab nk share je. Sharing is caring kan. ;) Btw, orang ckp, bukan aku ckp, time tengah detox ni, memang asyik membuang2 je. Lawas la senang cerita kan.

2. Lepas dah detox, baru kita start ambil supplement or collagen. Macam aku yang dh tua ni, (26years) aku ambil Kolagen Activ Kinohimitsu punya produk. Memang puas hati. Harga pun tak mahal sangat. Beli sekotak untuk sebulan. Sehari sekali je sebelum tidur. Dalam seminggu tu dah boleh rasa kulit memang besttt! ;)

Picture from Google Images

3. Step last ni paling penting. Kena rajin makan ikut timing yang betul. Dah beli mesti makan! Huhu. Pastu baru boleh cantik. Usaha tangga kejayaan! Tapiii actually semua ni ikut kesesuaian body masing2 kan. Macam aku, aku ok je nak telan kolagen semua ni, badan pun takde la effect yang pelik setakat ni. So better refer kepada pharmacist dulu sebelum mula nak makan supplement apa2 ok? Peace no War ;-)

Next entry nanti nak share pasal supplement lain yang ok untuk kulit. Baased on experience jugak ni ;-)
Sekian, byebye.

Wednesday, May 13, 2015

Hello!

Dah lama sangat tak update blog. Karat sana sini ;)
Will be Updated Soon!!!


Ok. Belanja satu gambar! ;)

angka giliran anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...