Blogger Templates

Nuffnang

Like kami di Facebook

tiktoktiktok

cakap la ape kau suke

Saturday, July 02, 2011

Jep Sepah

Assalammualaikum :)
Nampaknya kegilaan aku ngan maharaja lawak belum habis lagi. hehe. mane nk habis lagi kn kalau astro warna asyik duk ulang balik maharaja lawak tu. takpe2, aku suke :)

Peserta yang paling aku minat sekali mestilah Sepah!!! hehe. performance dorg sgt konsisten. semua best. takde yg tak best. and dalam kumpulan Sepah tu, ahli die yang paling aku minat mestilah Jep Sepah :) kalau org tengok jep tu, mostly ramai ckp umur die dh 30-an. tapi semalam aku bace paper, and kt paper tu ade state umur die, umur die baru 24 or 26 cmtu la! ouhhh muda lagi. ni yang buat aku bertambah minat ngan beliau nih. hehe
haha. mcm sengal je entry kali ni sebab semata-mata nk ckp pasal jep sepah.. :)

jep bile buat expression cmne pn tetap kiut!hehe

Tuesday, June 28, 2011

Cara melanggan Astro Mustika dengan percuma

Assalammualaikum..
Sekarang ni aku rasa semua org tengah heboh and kecoh sebab bil astro nk dinaikkan. sampai benda ni dibincangkan dekat parlimen. mestilah ramai yg tak puas hati sebab satu, astro ni bil die makin mahal, dua, bayar lambat sehari pn dh kena potong! tiga, kalau hujan tak dpt tgk tv. disebabkan benda2 macam ni la ramai nye umat manusia yg tak puas hati. daripada korg asyik marah2 je. baik korg try baca step kt bwh ni, camne nk tonton astro mustika dengan percuma. bagi aku yg dh langgan astro mustika ni, mmg not bad lah. puas hati la jugak. tp rugi la untuk aku sebab aku dh langgan awal2. so dh tak boleh pakai yg free nie..entry ni khas untuk sape2 yg tgh frust pasal bil astro nk naik..

lepas ni mesti korg happy sebab dpt tgk secara free :)

Ingat entri ini akan didelete dalam masa 24 dari sekarang sebab takut kantoi dengan pihak Astro.
Ikuti langkah-langkah dibawah ni.. ** jangan kecoh2 gi tahu jiran ye **

Hanya untuk Unlock Channel MUSTIKA Sahaja.. Selain dari itu HBO, NG, Sport ke masih tidak boleh kerana dikawal oleh pihak penyedia siaran diluar negera.
Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.
Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.
Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.
Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.
Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)
Tekan OK untuk pengesahan.
Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.
Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK
Pilih CHANNEL INFO. Tekan OKDi sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.
Langkah terakhir, tekan 130
Saksikan pratonton Mustika.
Untuk melanggan:
Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
SMS Mustika ke 32888; ATAU
Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
APA MACAM???? Sakit jiwa ke sakit hati hahahahaha......

Jangan marah kat aku yer.....aku pun TERKONO hahahaha......takkan aku nak TERKONO sorang-sorangkan.....baik aku share ngan korang semua......sama-sama TERKONO hahahaha........

Maharaja Lawak Final :)

Assalammualaikum. weeeee :)
sangat gembira + excited yang teramat hari tu bila dapat tau aku menang 4 pas percuma ke maharaja lawak pada 24Jun 2011! hehe. cite ni macam dh basi tp aku still nk post gak. :)

Dalam aku tengah gembira n excited tu, ade plak mase untuk aku menangis. betul la org ckp, bile kite senang, time tu la ramai orang crk kite. bile susah, semua org tak nampak kite. cuba bayangkan, lepas je aku dapat tau aku menang 4 pas percuma tu, berduyun-duyun manusia mesej and call aku. semata-mata nk pas tu. ade yg ckp elok2 tu aku ok la takpe. tapi ade jugak ckp kasar gile. kalau die yang menang, lain cite la, ni aku yang menang! ish, sungguh tak puas hati. satu malam before final maharaja lawak tu, aku dh tak tahan sangat bila ade yg sanggup hantar ayat mcm maki hamun kt aku. come on la wehhh.. gua ckp leklok, lu bantai maki gua plak kn. aku pun tak tau nape aku mcm touching lebih je malam tu. aku pun pegi bantai nangis (tak suke kalau teringat blk situasi ni). aku rase macam malu ngan diri sendiri sbb aku nangis!!! memang pn la kn, kena maki, sape tak sedih. huhu. lepas tu, aku terus msg Mr. A mintak die call aku. die call aku then die boleh gelak je bile aku cite problem aku. ish ish ish. lagila sedih. beliau ckp benda tu kecik je and boleh setel. memang la boleh setel tp beliau taktau rasenye sedih bile kena maki ngan member sendiri. (abes aku kalau die bace nih, padahal mmg die akan bace pun nanti. hehe). malam tu aku tido dengan sedih sket2 je sbb malas dh nk fikir..

Esoknya, aku ngan one of my friend yg bertuah yg telah aku pilih iaitu fatin pegi ke stadium malawati (depan umah aku je ni, kau ade?) nak ambek pas free tu. kitorg gerak dalam pukul 10 tp kaunter tiket tu tak bukak pun lagi. dlm 10.30 cmtu baru bukak. ramai gak la orang yg beratur nk ambek pas tu. tp kebanyakan dorg terus marah2 bile smpai depan kaunter. rupanya, dorg ingat ade free pas mcm kt JB, kuantan n penang, tp final maharaja lawak kali ni just pemenang je dpt pas. buktinye, kiteorang kena bawak sms dari pihak astro yang mengatakan kite dh menang contest yang dh dianjurkan seminggu sebelum tu dekat laman web astro. aku ngan fatin pun beratur je mcm biasa. depan kitorg tu ade family yg tengah tunggu turn jugak mcm kitorg. kalau ikutkan aku rase dorg ni dari area pantai timur berdasarkan bhs yang dorg guna antara dorg. bile dh sampai turn dorg ni, seorg perempuan (maybe anak die kot) terus terjah kaunter nk pas free. amoi staff astro tu explain la kt die yg pas free tu untuk pemenang contest je. tp die tak puas hati jugak lalu mengeluarkan ayat2 ni ''alaaa..u save je la pas tu untuk org yang menang, yg lain tu bg kt kitorg. kitorg boleh bayar la!'' amboi, kasarnye bhs, tak melambangkan langsung kau tu org pantai timur. tp amoi tu terus ckp elok2 yang pemenang je dpt free pas tu. lepas tu, die boleh bantai plak ckp ''mane ade orang menang dpt sms! cube ko tanye kat org ramai yang beratur ni sape yg ade sms tu!'' aku dengan cpt terus jawab, ''sy ade sms tu, boleh tepi sikit tak, sy nk tuntut pas saya'' dengan sopannye aku jawab cmtu. terdiam kau pmpuan! ni peringatan aku untuk kau ye pmpuan: kau tu datang kt sini buatla perangai mcm orang yang datang, tak perlu la buat perangai mcm datuk kau lahir kat sini. okeh! peace yawww



Maharaja Lawak tu stat pukul 10malam, tp pukul 6 kitorg dh tercegat kt depan stadium. semangat la katakan. hehe. jalan2 jap kt karnival tepi stadium tu. lepas tu terjumpa Man, juara raja lawak musim ke 5. hehe

sesungguhnya pada hari itu Man telah mengaku yang beliau pendek. hehe
Ni pulak pic area2 karnival tu...'


Ni pulak pic kitorg menggila meroyan sebelum Maharaja Lawak start..hehe

saya hanyala seorg anak dara yg tak chomel dan tak cantik. hahaha

aku pn tak tau nape aku cmtu

kite takde DSLR, so gmba kite tak secantik DSLR. hehe

:)
 Dalam pukul 8 lebih, kitorg dh boleh masuk dlm stadium. ni lah pic pentas maharaja lawak secara live. hehe


Secara jujurnya, bagi aku memang berbaloi dpt tgk maharaja lawak secara live ni. pas free kn :) Show tu habis dalam pukul 12. then, kitorg sambung merayap kat karnival tu sebab aku tau banyak barang di lelong ngan harga murah. almaklumla..lepas ni mana ada maharaja lawak lagi...best..

p/s: Masih terngiang ngiang AC mizal laung kan: KL!!! Peace yawwww!!! :) 

angka giliran anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...