Blogger Templates

Nuffnang

Like kami di Facebook

tiktoktiktok

cakap la ape kau suke

Thursday, August 11, 2011

Lelaki dan Perempuan

Assalammualaikum :)
Hari ni hari ke-12 kite berpuasa. Alhamdulillah...
Bosan hari ni tak buat ape2. tadi tengah facebook-ing terjumpa status sepupu aku ni yang aku rase menarik untuk dikongsikan. 


Untuk perempuan:
Jangan disebabkan LELAKI , tudung kau melayag..
Jangan disebabkan LELAKI , maruah kau tergadai..
Jangan disebabkan LELAKI , perangai kau berubah ke arah kejahatan..
Jangan disebabkan LELAKI , nama baik keluarga jadi rosak..
Jangan disebab LELAKI , maruah tergadai..
 
Untuk lelaki:
jangan disebabkan PEREMPUAN duit kau habis...
jangan disebabkan PEREMPUAN kau hilang kawan...
jangan disebabkan PEREMPUAN keluarga diketepikan...
jangan disebabkan PEREMPUAN kamu hilang waras...... 
 
Ingat tu wahai perempuan2 dan lelaki2 semua, sbb benda2 macam ni dh terjadi betul2 dekat orang sekeliling aku. sanggup lupakan kawan yang dari sekolah rendah sekelas, sekolah menengah pun sekelas, tapi bila masuk uni yang sama, even sekelas tak boleh bercakap sbb nanti awek marah. pergh...ape jenis manusia org macam ni. dengan member yang dh berkawan lama pun sanggup dilupakan. ingatla, bila susah, member tu jugak kan yang kau carik. awek kau tu suke kau bila senang je. emo la plak. hehe. sekadar renungan time bosan ni.. :)

Tuesday, August 09, 2011

Dugaan puasa

Assalammualaikum :)

Hari ni 9 Ogos 2011 dah genap sembilan hari berpuasa. alhamdulillah..
tapi tapi tapi yang tak bestnya, kali ni puasa, wisdom tooth or gigi bongsu tumbuh plak. sakitnye. tuhan je la yang tau. pipi kanan pun dh naik bengkak. lucky minggu ni takde kelas langsung, so boleh rehat kat rumah. seriously, nak makan pun susah, lapar tu memang lapar, tapi bile dh masuk mulut, sakit plak takleh kunyah. so kena makan benda2 yang lembut je. yang paling teruk lagi, bila gigi belah kiri kerap digunakan bile mengunyah (gigi bongsu tumbuh belah kanan), belah kiri plak rasa sakit. gigi bongsu yang belah kiri ni dh tumbuh time matrik kt kedah duly. around hujung 2007 rasenye. so sekarang ni dua2 belah dh rasa sakit. Sabar...



Selain tu, aku taktau apa masalah aku 2 3 hari ni. Encik Ashraf, i'm sorry. 2 3 hari ni aku cepat nak marah je. maybe sebab aku rasa sakit, so mood aku memang teruk. seriously. tapi Encik Ashraf langsung tak kesah bila saya moody moody. beliau layan baik je. sangat baik. bukan sekali ni je, dah banyak kali. tak terkira. ni yang buat saya sayang beliau sampai bila bila. LOVE YOU ;)



Friday, August 05, 2011

Resepi Puding Roti

Assalammualaikum :)

Hari ni sangat la bosan. tak tau nk buat ape. aku pun bukak la encik google. tetiba teringin nak makan puding roti waktu berbuka. huhu. google punya google tak dapat jumpa resepi yang simple. banyak pakai santan. malas la plak aku kan nak carik2 santan. hehe. aku pun tanya mak aku cmne resepi puding roti paling simple. so.. tercipta la resepi puding roti suka2 ni tadi..

Bahan-bahan yang diperlukan:
6 biji telur
6 sudu besar gula
3 sudu besar tepung custard
1 kotak besar susu segar (boleh ganti ngan susu lain or santan)
beberapa keping roti yang dikoyak-koyak. (betul ke bahasa aku ni?)
ceri dan kismis sebagai hiasan

Cara membuat:
  1. Mula-mula panaskan susu segar. mak aku cakap kite panaskan supaya nanti tepung custard tu senang larut. tapi takyahla panas sangat. 
  2. Sementara tu, kacau telur ngan gula sampai sebati. kalau ikut mak aku blender je. confirm sebati.
  3. Lepas tu, campur kan semua: telur n gula yang telah sebati, tepung custard dan susu tadi. kacau sampai sebati.
  4. Dalam bekas yang akan digunakan utk membakar, letak kan roti yang dh dikoyak-koyak tadi. letak kan bahan-bahan yang dh sebati tadi atas roti tu.
  5. Taburkan ceri dan kismis sebagai hiasan.
  6. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama setengah jam.
puding roti dh siap! tapi belum bakar :)
puding roti tengah dibakar :)

dh siap :)
 Untuk lebih sedap makan, simpan dalam peti sejuk. makan sejuk-sejuk memang marvelloussss :)

angka giliran anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...