Blogger Templates

Nuffnang

Like kami di Facebook

tiktoktiktok

cakap la ape kau suke

Monday, June 20, 2011

Migrain oh migrain

Assalammualaikum. selamat hari selasa. :D

hari ni aku bangun pukul 9pagi (consider awal la tu kn. hehe) lepas tu terus gosok gigi n cuci muka. then terus bukak peti sejuk minum susu. lepas tu terus makan biskut jacob. sebenarnya, aku memang lapar dari semalam lagi tapi malas nk makan. tu yang pagi ni mcm orang kebulur je. 
lepas je makan n minum semua. aku pun sambung keje mengonline depan laptop. kepala rase sakit2 plak. dari semalam lagi aku dh rasa symptom2 macam nk kena migrain tapi aku buat bodoh je. sebab yang aku tau kalau kite tak fikir sangat pasal sakit tu, kebarangkalian sakit tu nak datang jugak adalah kurang. so, semalam aku pun ignore je. siap pegi jalan2 kt giant carik barang masak.

biasanya, beberapa jam sebelum kena migrain ni, mata aku selalu kabur sket (aku tak rabun) dan selalunya aku susah sket nk fokus. contohnye, kalau aku nk tgk benda yang jauh, aku akan pandang benda tu kejap je. makin lama aku fokus, rasa macam urat mata ni ditarik2. sakit wooo. sape yang penah rasa die tau la. huhuhu. and migrain ni biasenye attack sebelah kepala je. kalau aku plak die selalu attack sebelah kanan. so, kalau dh ada symptom2 ni, biasenye aku terus tido or kalau tengah buat kerja pape mesti aku stop. means, aku stop berfikir and aku kena lapangkan fikiran. biasenya, aku baring, tutup mata sambil dengar mp4. last2 tido. hehe. bila bangun tu kepala dh rasa ringan sket. 

First time aku kena attack migrain ni masa form 2 tu lagi. time tu aku tinggal dekat hostel and aku dh rase susahnya sakit sorg2 takde makbapak tapi time banyak member2 baik yang selalu tolong aku. thanks korang! hehe. bila aku sakit, warden terus hantar pegi klinik and doctor sahkan migrain berdasarkan symptom2 aku masa tu. doctor tu bagi ubat warna kuning. sekarang ni baru aku tau yang ubat tu ponstan. tapi migrain ni tak stop kat situ je. dalam 3 or 4 bulan sekali mesti aku kena attack migrain yang dasyat. sakit woo. so, memang time tu aku bergantung dengan ubat.

ni la ponstan. pic ni curik kt google! hehe


Dalam tahun 2008, ade sorang makcik aku tu, die pun ade migrain tahap dasyat gak. die bg aku satu ubat migrain. nama dia 'caffox'. caffox ni harganya dalam seringgit lebih sebiji depends kat klinik mane kite beli. caffox ni fungsi die untuk mengembangkan salur darah kite. orang2 yg migrain ni die ade masalh salur darah sempit yang menyebabkan perjalanan darah tak lancar and seterusnya menyebabkan sakit kepala sebab oksigen yang sampai dekat kepala tak cukup. caffox ni ok, tapi aku stop makan ubat ni sebab tak tahan dengan side effects die. kalau aku ambek ubat ni, confirm aku muntah2 n loya2. biasanya aku muntah sampai lembik. huh! tak tahan. so, aku stop.

ni la caffox. pic curik kt google lg! hehe 


Lepas tu, aku sambung balik ambek ubat kuning tu (ponstan). tapi lama-lama aku rasa macam dh immune dengan ponstan ni. aku makan pun tak hilang sakit. so, aku bgtau doctor yang ponstan tak berkesan, doctor pun bg lagi satu ubat. nama die pontalon.yang ni aku terus kekal makan sampai sekarang walaupun kadang2 tu ubat ni tak bape nk berkesan jugak. 

ni la pontalon. pic ni pun curik kat google! hehe


Satu hari tu, aku pegi guardian and terjumpa la satu benda ni. Migraine cooling pads. Macam best best je kan. aku pun beli. tak ingat harga die tapi tak mahal pun. dalam Rm20 je. ade 6 keping dalam tu. benda ni ala2 cool fever yang kite tampal kat dahi tu. bile aku migraine pun, aku try la apply benda ni kat dahi. biasanya, lepas tampal benda ni, aku terus tdo. so, bile bangun terus rasa ringan. and kalau migrain tu sakit sangat sebelum tampal tu aku makan pontalon skali. memang confirm, lepas bangun tido tu, kepala rase sangat ringan! :D

ni plak cooling pads tu. mmg berkesan. pic ni pun curik kt google jugak! hehe


sekarang ni aku try apply je migraine cooling pad tu kat dahi kalau migrain. lagipun smpai bile aku nk bergantung dekat pil2 ni kan. pontalon and ponstan tu pun ade side effects die. pontalon and ponstan ni boleh menyebabkan pertambahan asid dalam perut yang akan menyebabkan gastrik. nak2 lagi aku memang dh ade gastrik, so memang kena slow down la ambek ubat ni. takpe..yang penting ikhtiar.. :D


3 bebelan:

ashcroft said...

erm..cube ubat herba plak ye..x elok ubat2 klinik ni..:)

purplelicious said...

kalau ubat herba, encik ashcroft kena la belikan :)

Lalat Hijau said...

Migrain rasa sakit die mcm mana.??
Mcm sakit gigi ke.?

angka giliran anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...