Blogger Templates

Nuffnang

Like kami di Facebook

tiktoktiktok

cakap la ape kau suke

Wednesday, November 27, 2013

Refer letter ke Hospital Sungai Buloh

Salam...

Huhhh. Demam belum ok lagi ni. Malam2 mesti berpeluh tapi sejuk and tak boleh tido. Sangat tak best tau. Entry ade bgtau aku pegi klinik and lepas habis antibiotik supposed aku kena pegi klinik lagi. Doktor nak tengok benjolan tu camne. Surut ke tak surut, sakit ke tak sakit. 

Lepas habis consumed antibiotik, aku pun pergi klinik balik. Aku pun bgtau semua yg aku rasa after ambik ubat yang dia bg hari tu. Actually, saiz benjolan still sama (or sebenarnya macam bertambah besar pn ade kot aku rase) tapi sakit tu memang dh kurang (or sebab aku ada makan pain killer kot). Then, aku bgtau pasal benjolan belakang kepala yg aku lupa nak bgtau kat doktor hari tu. Doktor bising la kan.. Ya Rabbi... seriously tension aku dengar doktor membebel. Lelaki pulak tu! Doktor tu terus suruh aku refer ke hospital. Dia pun conteng-conteng kat atas kertas pastu suruh aku amek refer letter kat kaunter. And dia ckp kalau boleh pegi hari ni gak. Aku ckp esok, hari ni aku dh tak larat. Doktor pn ok je. Btw, doktor suruh pergi Hospital Sungai Buloh (HSB). Doktor klinik ni ckp aku mungkin dah kena tibi kelenjar. Hari tu pun dia dh ckp benda yang sama gak. 

Esoknya, hari jumaat aku pergi HSB. Terus pergi dekat Klinik Pakar Perubatan 2, ni aku refer kat letter doktor klinik tu tulis. Btw, aku dah baca dulu refer letter yang doktor klinik ni tulis, tak sopan sungguh aku. Tak sopan ke? ok je kot. Huhuhuuuu. Dia tulis ade lumps kat right neck + right backhead. Saiz 3cmx3cm. Pastu ade la die bebel2 sikit kat bawah tu. And doktor kan mestilah tulis dlm English. Ni aku punya bahasa ni Melayu sudahhhh. Takyah nak English sgt. Huhuuu. Pastu sampai dekat kaunter, aku terus bagi refer letter dekat someone (lelaki) yang duduk situ. Org tu terus bukak refer letter and baca and aku rasa ada yang dia tak faham kot (biasa la... tulisan doktor memang ada orang yg tak faham kan. huhuuu). Dia bangun pergi ke belakang dalam 2 minit pastu datang balik ke kaunter. Aku rasa dia pergi ke belakang tu sebab dia tanya senior nurse kot apa yg doktor tulis coz after tu ada nurse yg dh berumur (aku anggap senior nurse) datang ke kaunter and bebel kat si lelaki ni. Aku? pemerhati je. Hihi. Dan si lelaki ni suruh aku isi borang untuk temujanji katanya. So tengah syok mengisi ni, lelaki duk macam tengah membaca (tp slow je la) refer letter aku tu. Settle isi. Dia bagi kertas warna pink. Katanya aku boleh balik dulu. Lagi 2 minggu or less dorang (HSB) akan call untuk bgtau bila appointment aku. Oh Godddd... please la 2 minggu tu. Ingatkan 2 hari. Tapi takpe. Aku tunggu. 

Tension? memang tension. Hari-hari aku menahan sakit menunggu 2 minggu. Sabar...

Sabar... Sabar... Sabar... (google images)

0 bebelan:

angka giliran anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...